PROJEK PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI TENUSU UPM-FARMFRESH
Pendahuluan
Projek Pusat Kecemerlangan Industri Tenusu di UPM adalah inisiatif daripada Dato TNC JINM dan Pengarah TPU pada 2016.
Inisatif ini telah dijayakan dengan termetarainya Perjanjian yang ditandatangan pada 14 Ogos 2017.
Inisiatif
Pusat kecemerlangan ini berperanan sebagai sebuah ladang ternakan tenusu yang diuruskan oleh pihak industri di dalam UPM selama 5 tahun. Elemen pengajaran dan penyelidikan tetap dilaksanakan sebagaimana terkandung dalam dokumen perjanjian. Selain itu UPM juga mendapat manfaat hasil penjanaan dari ladang tersebut dengan perkongsian keuntungan UPM dan syarikat iaitu 40:60.
Pelaksanaan dan pencapaian
Jawatankuasa ICoE Tenusu
Satu jawatankuasa perlaksanaan telah diwujudkan dengan keahlian seramai 3 orang wakil dari UPM dan 3 orang wakil dari pihak syarikat. Pengerusi mesyuarat tersebut ialah YBhg. TNC JINM.
Penanaman rumput
Pedok ragutan rumput telah dinaiktaraf oleh pihak Holstein. Keluasannya adalah dianggarkan 50 hektar yang akan ditanam semula setelah lebih 10 tahun tanah tersebut tidak dilaksanakan penananam semula. Aktiviti ini telah bermula pada Jun 2018.
Pembinaan Infrastruktur
Pembinaan infrastruktur hanya ditumpukan di Petak B dengan keluasan kawasan 9 ha. Antara binaan struktur yang terlibat ialah;
Kemasukkan Lembu
Sebanyak 250 ekor lembu telah di tempatkan di dalam kandang yang telah siap di bina . Pengeluaran produk tenusu telah bermula pada April 2019.
Date of Input: 27/09/2019 | Updated: 27/09/2019 | wanarlindiana
Office of Deputy Vice Chancellor (Industry and Community Relations)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor