20 September 2016, Serdang, Selangor - Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM telah menerima kunjungan seramai 15 orang pegawai daripada Pusat Angkasa Negara. Pertemuan mengambil masa 1 jam di Pejabat TNC (JINM). Kunjungan disusuli dengan lawatan ke Makmal Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.