| OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)

Launching of UPM-AirAsia Livery at Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd (SAE)

UPM 'terbang' dengan AirAsia

Oleh Zanariah Abd Mutalib

SEPANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) melakukan penjenamaan secara berani dengan memaparkan logonya pada badan pesawat syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

 

Majlis pelancaran pesawat dengan nombor 9MAQD itu dirasmikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di hangar Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd di sini, hari ini.

 

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris.

 

Idris berkata, kerjasama antara UPM dan AirAsia itu bukti kejayaan program CEO@Facultyyang dilaksanakan di univerisiti dengan pembabitan Fernandes sebagai seorang CEO yang berkongsi pengalaman dan kejayaannya dengan pelajar dan kakitangan UPM.

 

"Sejak dilaksanakan dua tahun lalu, seramai 60 CEO dari syarikat besar di Malaysia seperti Khazanah Nasional Berhad, Shell, Motorola, Microsoft dan CIMB memberikan ceramah di universiti dan membina jaringan dengan pensyarah.

 

"Program CEO@Faculty ini akan memastikan kurikulum di universiti sentiasa menepati kehendak industri dan paparan nama serta logo UPM pada pesawat ini antara bukti kerjasama dan testimoni program berkenaan," katanya pada sidang media di sini.

 

Sementara itu, Aini berkata, idea untuk memaparkan jenama UPM pada pesawat AirAsia itu tercetus hasil perbincangan pengurusan UPM yang diketuai beliau dengan Fernandes pada Jun 2016.

 

"AirAsia menyediakan platform untuk UPM menghasilkan rekaan, kreativiti dan seni dalam projek berimpak tinggi dan selepas ini, UPM boleh menawarkan kepakaran dalam bidang rekaan kepada pesawat AirAsia," katanya.

 

Pesawat dengan logo UPM itu membuat penerbangan sejak bulan lalu dalam negara dan rantau Asia. Selain nama dan logo rasmi, imej pokok Angsana juga dipaparkan pada pesawat yang menggambarkan kampus hijau UPM.

SXDTSAz~