Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Geran 'Knowledge Transfer Programme-KTP" - Skim Pembelajaran Sepanjang Hayat Pelan "Rolling" Kelima (2020) telah dibuka dan permohonan perlulah mematuhi syarat-syarat seperti di Lampiran 1
- Maklumat lanjut tentang syarat-syarat permohonan geran boleh dirujuk di dalam Garis Panduan dan Borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang ktc.usm.mydan laman web UCTC, UPM. Penyerahan permohonan ke pejabat Sekretariat Geran KTP, UCTC UPM ialah sebelum atau pada 11 Februari 2020 (Selasa).
- Diharap pihak Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan dapat memanjangkan perkara ini kepada semua pegawai akademik yang berpotensi untuk mengemukakan projek yang bersesuaian. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan YBhg. Prof/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Norlela Abd Naim (Tel: 03-9769 1847)
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
NORLELA ABD. NAIM
Penolong Pegawai Sains
Pusat Transformasi Kominiti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
Tel. No. : 03 - 9769 1847
Date of Input: 24/01/2020 |
Updated: 24/01/2020 | wanarlindiana
MEDIA SHARING