PROGRAM CEO FAKULTI

  • Program CEO@Fakulti adalah program yang digerakkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengukuhkan pelbagai kerjasama dan proses pemindahan teknologi antara universiti dan industri.
  • Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015, bertujuan untuk membangunkan sektor pendidikan bagi memenuhi permintaan   industri.
  • Universiti-Industri akan bekerjasama untuk melatih graduan yang cekap dan mahir dalam bidang yang berkaitan, memberi graduan titik permulaan dengan menyertai tenaga kerja di industri.  
  • Program Fakulti CEO diunjurkan bagi mengukuhkan dan memudahkan pelbagai usaha sama lain di antara ahli akademik dan industri, terutamanya dalam bidang latihan dan penyelidikan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran.
  • Kerjasama sinergistik antara Universiti-Industri akan membantu Malaysia dalam memenuhi keperluan profesional dengan kemahiran yang tertentu terutamanya dalam  bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat.
  • Usaha ini adalah selaras dengan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.