Persidangan ASAIHL 2016 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » Persidangan ASAIHL 2016

Persidangan ASAIHL 2016

Sekitar Persidangan ASAIHL 2016


7 Disember 2016, Putrajaya - Persidangan ‘Association Of Southeast Asian Institutions Of Higher Learning’ (ASAIHL) 2016 yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung dengan jayanya pada 4 hingga 6 Disember 2016 bertempat di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Persidangan kali ini telah mengambil tema “Pendidikan Terbuka Tanpa Sempadan” sebagai tema utama dan mengetengahkan beberapa penceramah utama seperti YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh (Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia), Dr. Jose Manuel Ramos-Horta (Bekas Presiden Timor Leste), Professor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak (Bekas Presiden ASAIHL 2007-2008) dan Professor Dr. Alexandre Ardichvili (Profesor, Universiti Minnesota).


Majlis Perasmian ASAIHL 2016


Persidangan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching. Turut hadir di masjlis perasmian adalah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga selaku Presiden Persidangan ASAIHL 2016, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris; Setiausaha Agung ASAIHL, Dr. Ninnat Olanvoravuth dan bekas presiden Timor Leste, Dr Jose Ramos-Horta.


Mesyuarat Lembaga ASAIHL 2016


Sekitar Mesyuarat Lembaga ASAIHL 2016


Mesyuarat ahli lembaga ‘Association of Southeast Asian Institution of Higher Learning’ (ASAIHL) juga telah diadakan pada 4 Disember 2016 di Universiti Putra Malaysia.


Kemaskini:: 14/03/2017 [wanarlindiana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471188
0389464240
C1532263331