Pejabat TNCJINM telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan bengkel untuk menyediakan laporan tahunan skop JINM bagi tahun 2019. Bengkel ini dihadiri oleh semua ahli Sidang Pengarang laporan Tahunan Skop JINM yang dipengerusikan oleh Puan Siti Rozana Supian sebagai Ketua Sidang Pengarang JINM. Keahlian sidang pengarang adalah seperti berikut;
Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj Md Tamrin |
Pengarah, CiRNeT |
Prof. Dr. Cheah Yoke Kqueen |
Timbalan Pengarah, CiRNeT |
Prof. Dr. Mansor Abu Talib |
Pengarah, UCTC |
Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Osman |
Timbalan Pengarah, UCTC |
Puan Siti Rozana Supian |
Ketua Pentadbiran JINM |
Encik Muhammad Faiz Zakaria |
Penolong Pendaftar Kanan, CiRNeT |
Encik Haris Dahlan |
Penolong Pendaftar, UCTC |
Encik Rudie Tajuddin |
Pegawai Penyelidik Sosial, UCTC |
Puan Faridah Abdullah |
Penolong Pegawai Pertanian |
Puan Norhafizah Abd. Rani |
Pembantu Penerbit, UCTC |
Pada 13 Feb 2020, satu bengkel penyuntingan penulisan laporan telah diadakan dengan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Che Ibrahim bin Salleh dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Bengkel ini sangat bermanfaat kepada semua ahli sidang pengarang dalam memahami selok belok penggunaan tata bahasa melayu dalam penulisan laporan. Hasil dari beberapa bengkel yang diadakan ini, laporan telah berjaya disiapkan mengikut perancangan dan telah dikemukakan untuk tujuan suntingan di peringkat universiti yang diadakan pada 21-22 Feb. 2020.
Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 27/02/2020 | wanarlindiana
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor