JUTAWAN TAN SRI SYED AZMAN MENYUMBANG SEMULA KEPADA ALMA MATER | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » JUTAWAN TAN SRI SYED AZMAN MENYUMBANG SEMULA KEPADA ALMA MATER

JUTAWAN TAN SRI SYED AZMAN MENYUMBANG SEMULA KEPADA ALMA MATER

UPM SERDANG: Pengarah Urusan Kumpulan dan pemilik Weststar Group, YBhg. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Menandatangai Memorandum Perjanjian Pemberian Dana Endowmen  Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim antara Universiti Putra Malaysia dengan YBhg. Tan Sri yang berlangsung pada 19 Januari 2018 bertempat di Galeri Putra, Universiti Putra Malaysia.

 Dana Endowmen yang bernilai Ringgit Malaysia Satu Juta (RM1,000,000) ini disumbangkan kepada UPM bertujuan bagi menggalakkan dan memupuk kerjasama yang mantap serta meningkatkan potesi dan inovasi dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa dan juga lain-lain bidang yang strategik.

 Inisiatif jaringan kerjasama sebegini adalah seiring dengan perlaksanaan Penta Helix Engagement Model yang diperkenalkan pada tahun 2018, yang mana ianya melibatkan hubungan kerjasama yang erat, kukuh dan sinergistik di antara akademia, industri, komuniti, kerajaan dan pemberi dana (philanthropist). Model ini mampu memacu transformasi pendidikan tinggi ke arah kegemilangan dan kecemerlangan khususnya bagi Universiti Putra Malaysia.

 Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim juga merupakan penerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan pada Majlis Konvokesyen UPM yang ke-39 pada tahun 2015.

 

Tarikh Input: 23/01/2018 | Kemaskini: 23/01/2018 | wanarlindiana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEZIAB~