Holstein Milk Dan UPM Meterai MOA Pemindahan Teknologi Penternakan Tenusu | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » Holstein Milk Dan UPM Meterai MOA Pemindahan Teknologi Penternakan Tenusu

Holstein Milk Dan UPM Meterai MOA Pemindahan Teknologi Penternakan Tenusu

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- The Holstein Milk Co Sdn Bhd, sebuah syarikat bersekutu Khazanah Nasional Bhd, akan memperuntukkan sebanyak RM15 juta kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangun dan memindahkan teknologi penternakan, penghasilan produk-produk tenusu termasuk hasil tenusu yang berkaitan.

Syarikat tersebut, melalui subsidiarinya, Farm Fresh, hari ini menandatangani memorandum Perjanjian (MOA) dengan UPM untuk bersama-sama mewujudkan sebuah Pusat Kecemerlangan Industi (UPM-FarmFresh ICoE).

ICoE seluas 60 hektar itu, terletak di Taman Pertanian Universiti di Serdang, bertujuan untuk meningkatkan infrastruktur sedia ada Unit Tenusu, Pengajaran dan Pembelajaran, Penyelidikan dan Pameran UPM.

"Kami berharap perkongsian selama 10 tahun ini akan membolehkan kedua-dua pihak membangunkan ICoE, yang juga akan menyokong penubuhan Lembaga Tenusu Negara yang mungkin akan berlaku seawal 2018," kata Pengarah Urusan Holstein Milk Company, Loi Tuan Ee kepada pemberita selepas majlis menandatangani MOA itu hari ini.

Katanya, syarikat itu mahu menyediakan hubungan langsung antara sains dan amalan, supaya sektor ternakan di Malaysia akan menjadi lebih inovatif, dan seterusnya mendapat manfaat daripada amalan pertanian yang baharu

Tarikh Input: 17/08/2017 | Kemaskini: 22/08/2017 | wanarlindiana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEYXA7~