Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan program Academia-Industry Talent Exchange Programme (AIxCHANGE) bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran yang boleh dimanfaat secara bersama antara pihak akademia dan industri seterusnya memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara akademia dan industri. Di bawah inisiatif AIxCHANGE ini terdapat tiga (3) sub inisiatif iaitu CEO @ Faculty Programme (CFP) 1.0, CFP 2.0 dan Academia-Industry Expert Exchange Programme AIxPERT.
Salah satu program di bawah AIxCHANGE ini adalah CEO@Faculty Programme 2.0 atau CFP 2.0 dengan tema ‘Coached by The Pros’. CFP 2.0 merupakan program pengembangan fasa daripada program CFP 1.0 yang memberi tumpuan kepada penerapan unsur-unsur kepimpinan di peringkat universiti di kalangan pensyarah muda (kelulusan Phd di bawah umur 40 tahun) dalam mempersiapkan diri sebagai pemimpin yang akan menerajui pengurusan tertinggi universiti pada masa hadapan. Para pensyarah ini dipilih daripada Universiti Awam dan ditempatkan di organisasi CEO selama enam (6) bulan bagi memberi peluang mengikuti dan mempelajari pengoperasian sesebuah syarikat serta mendalami ilmu kepemimpinan CEO. Objektif CFP 2.0 adalah seperti berikut:
Sukacita dimaklumkan bahawa iklan permohonan untuk menyertai CEO@Faculty Programme 2.0 Musim Ketiga telah dibuka mulai 2 Disember 2019 sehingga 9 Disember 2019. Program ini merupakan program sangkutan di industri selama enam (6) bulan di pelbagai syarikat di Malaysia antaranya Government Linked Company (GLC), Multinational Company (MNC) dan syarikat swasta. Permohonan untuk menyertai program ini terbuka kepada semua pensyarah muda universiti awam berumur 30 hingga 40 tahun berkelulusan ijazah kedoktoran (PhD). Pensyarah yang berminat boleh memohon secara atas talian untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut:
Nama : Puan Norfazrin bt Mohamad Noh
No. Tel : 03-8870 6472
Nama : Encik Aliffy Khairul Fizam Bin Abdul Adzis
No. Tel : 03-8870 6574
Tarikh Input: 05/12/2019 | Kemaskini: 16/11/2020 | wanarlindiana
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor