BENGKEL PENYELARASAN PELAPORAN DAN PENILAIAN KPI JINM ANJURAN FBSB 2023 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » BENGKEL PENYELARASAN PELAPORAN DAN PENILAIAN KPI JINM ANJURAN FBSB 2023

BENGKEL PENYELARASAN PELAPORAN DAN PENILAIAN KPI JINM ANJURAN FBSB 2023

2 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah dijemput untuk menghadiri Bengkel Penyelarasan Pelaporan dan Penilaian KPI anjuran Pejabat Timbalan Dekan (Jaringan Industri dan Masyarakat), FBSB pada 1 Februari 2023 bersamaan hari Rabu bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Biorefineri UPM.

Bengkel ini turut dihadiri pegawai daripada Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan turut melibatkan ahli Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat, FBSB. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah maklum balas staf FBSB berkaitan pelaporan menerusi sistem HiStaf serta isu pelaporan dan penilaian Jaringan Industri dan Komuniti.

 

Disediakan oleh: Mohd Idham Abdul Rashid

Tarikh Input: 15/02/2023 | Kemaskini: 15/02/2023 | wanarlindiana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEdBAn~