| PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

UPM soaring to greater heights

Ringkasan Artikel

Universiti Putra Malaysia (UPM) teruja dengan paparan livery kapal terbang Airbus A320 dengan nombor pesawat 9MAQD yang memaparkan jenamanya sejak mula kelihatan 2 Ogos 2017 di ruang angkasa. Ini adalah hasil sumbangan dan respons berimpak YBhg. Tan Sri Tony Fernandes dan Air Asia Berhad atas kerjasama strategik antara UPM dan Air Asia merangkumi pertukaran/penempatan staf, mobiliti pelajar, internship, kerjasama akademik dan penyelidikan. Dalam konteks ini Tan Sri Tony telah mengumumkan UPM sebagai Universiti Rasmi AirAsia dengan mengenepikan aspek komersil tetapi mementingkan ilmu dan institusi pendidikan yang patut dimartabatkan sewajarnya.

Warga Universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Tony Fernandes, dan pengurusan AirAsia yang telah memungkin imej UPM berada di awan biru menghiasi fiuslaj pesawat AirAsia A320 . Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Idris Jusoh atas komitmen dan sokongan kerjasama yang diberikan dan mencetus idea program CEO@Faculty.

Tidak dilupakan juga penghargaan kepada pasukan rekabentuk livery kapal terbang oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), dan semua pelajar dan warga UPM serta pihak terlibat menjayakan impian ini. Dengan AirAsia sebagai rakan strategik, UPM kini akan lebih tinggi.

Soaring Upwards

SXDdWA0~